Seksyen 27
Kuasa untuk menubuhkan perbadanan
of Akta Lembaga Pembangunan Langkawi 1990
ActIn forceProvision 27 of 34
Seksyen 27
(1)
Lembaga boleh dari semasa ke semasa, dengan kelulusan
Menteri, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menubuhkan sesuatu perbadanan, dengan apa-apa nama yang difikirkan patut oleh
Lembaga, untuk melaksanakan dan untuk menjaga, mengelolakan dan menguruskan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang telah dirancangkan atau diusahakan oleh Lembaga pada melaksanakan fungsinya, menjalankan kuasanya dan menunaikan kewajipannya.
(2)
Peruntukan Jadual Kedua adalah terpakai bagi tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah subseksyen (1).