Seksyen 28
Pengambilan tanah dengan paksa
of Akta Lembaga Pembangunan Langkawi 1990
Apabila apa-apa harta tak alih yang bukan tanah Kerajaan perlu diperoleh oleh Lembaga bagi maksud Akta ini, harta itu boleh diperoleh mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis
Lembaga Pembangunan Langkawi 23
yang sedang berkuat kuasa di Negeri itu yang berhubungan dengan pengambilan tanah bagi sesuatu maksud awam, dan apa-apa akuan yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang bertulis itu bahawa tanah itu diperlukan sedemikian boleh dibuat walaupun pampasan akan dibayar oleh Lembaga, dan akuan itu hendaklah mempunyai kuat kuasa seolah-olah ia adalah suatu akuan bahawa tanah itu adalah diperlukan bagi suatu maksud awam mengikut undang-undang bertulis itu.
(2)
Segala belanja dan pampasan yang kena dibayar bagi pemerolehan mana-mana harta tak alih di bawah seksyen ini hendaklah dibayar oleh Lembaga.
(3)
Jika apa-apa harta tak alih telah diperoleh di bawah seksyen ini, Lembaga hendaklah mengambil cabutan dokumen hakmilik yang perlu berkenaan dengan harta itu dan hendaklah membayar apa-apa sewa yang dikenakan atas harta itu.