Akta Kerajaan Tempatan 1976 · Updated to 1 Dec 2012 · Bahagian IV · Penjalanan Urusan
23. Mesyuarat pihak berkuasa tempatan hendaklah terbuka kepada orang ramai
Feedback & supportSemua mesyuarat pihak berkuasa tempatan hendaklah terbuka kepada orang ramai dan kepada wakil akhbar melainkan jika selainnya diputuskan oleh pihak berkuasa tempatan itu dengan ketetapan dalam mesyuarat itu:
Dengan syarat bahawa seksyen ini tidak boleh dipakai bagi mana-mana
Jawatankuasa pihak berkuasa tempatan itu melainkan jika selainnya diputuskan oleh Jawatankuasa itu dengan ketetapan.