Akta Kerajaan Tempatan 1976 · Updated to 1 Dec 2012 · Bahagian IV · Penjalanan Urusan
36. Kontrak
Feedback & supportSesuatu pihak berkuasa tempatan boleh membuat kontrak yang perlu untuk menyempurnakan mana-mana daripada tugasnya dengan syarat bahawa kontrak itu tidak melibatkan apa-apa perbelanjaan dalam tahun itu lebih daripada jumlah yang diperuntukkan dalam anggaran tahunan yang telah diluluskan bagi menyempurnakan tugas itu melainkan jika perbelanjaan itu adalah dibenarkan dalam tahun itu di bawah seksyen 56.
Semua kontrak yang dibuat oleh pihak berkuasa tempatan itu atau oleh sesuatu jawatankuasanya bagi pihak berkuasa tempatan itu hendaklah dibuat mengikut perintah tetap pihak berkuasa tempatan itu dan mengenai kontrak untuk membekalkan barang atau bahan atau untuk menjalankan kerja, perintah tetap itu menghendaki bahawa—
kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya di dalamnya, tender hendaklah dipanggil mengikut cara yang ditetapkan dalam perintah itu; dan
tiada sesuatu kontrak yang memakan masa lebih lama daripada masa antara ia dibuat dengan akhir tahun kewangan boleh dibuat tanpa mendapat persetujuan pihak berkuasa tempatan itu terlebih dahulu.