Akta Kerajaan Tempatan 1976 · Updated to 1 Dec 2012 · Bahagian IV · Penjalanan Urusan
27. Minit hendaklah disimpan mengenai segala perjalanan
Feedback & supportTiap-tiap pihak berkuasa tempatan hendaklah menyebabkan supaya minit dibuat dengan sewajarnya dari semasa ke semasa mengenai semua perjalanan pihak berkuasa tempatan itu dan perjalanan tiap-tiap Jawatankuasa yang dilantik olehnya, termasuk nama semua Anggota Majlis yang hadir, dan nama semua Anggota
Majlis yang mengundi atas sesuatu soal yang diputuskan dengan mengadakan suatu pembahagian undi.
Kerajaan Tempatan 31
Semua minit hendaklah disahkan dan ditandatangani oleh
Pengerusi mesyuarat.
Minit semua perjalanan pihak berkuasa tempatan hendaklah disimpan di pejabat pihak berkuasa tempatan dan hendaklah pada setiap masa yang munasabah terbuka untuk diperiksa oleh mana-mana
Anggota Majlis atau pembayar kadar kawasan pihak berkuasa tempatan itu dan oleh mana-mana pegawai Kerajaan Persekutuan atau
Kerajaan Negeri dalam mana terletaknya kawasan pihak berkuasa tempatan itu, mana-mana di antara mereka boleh pada setiap masa yang munasabah membuat suatu salinan mengenai mana-mana bahagian minit itu tanpa bayaran:
Dengan syarat bahawa minit perjalanan mana-mana Jawatankuasa tidak boleh terbuka untuk diperiksa oleh seseorang pembayar kadar melainkan jika pihak berkuasa tempatan itu mengarahkan sebaliknya.
Minit perjalanan dalam suatu mesyuarat pihak berkuasa tempatan atau mesyuarat sesuatu Jawatankuasa yang ditandatangani dengan sewajarnya oleh Pengerusi bagi mesyuarat dalam mana minit itu ditandatangani hendaklah diterima sebagai keterangan tanpa bukti lagi dan, tertakluk kepada semua kecualian yang patut, hendaklah menjadi keterangan mengenai perkara yang dinyatakan di dalamnya.