Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2012Read it in English

Bahagian XI · Tempat Perkuburan, Membakar Mayat dan Mengeluarkan Mayat Dari Kubur

97. Penggalian mayat

Feedback & support
(1)

Tiada seseorang pun boleh menggali sesuatu mayat atau sesuatu bahagian dari sesuatu mayat dari kubur dalam kawasan pihak berkuasa tempatan melainkan—

76 Undang-Undang Malaysia AKTA 171

(a)

dengan perintah

Mahkamah

Majistret bagi maksud penyiasatan kehakiman; atau

(b)

di bawah suatu lesen yang diberi oleh pihak berkuasa tempatan itu membenarkan mayat itu digali dari kubur dan selepas dibayar bayaran sebanyak yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan itu dengan kelulusan Pihak Berkuasa

Negeri:

Dengan syarat bahawa tiada sesuatu lesen boleh diberi di bawah perenggan (b)—

(i)

jika kematian telah disebabkan oleh penyakit berjangkit sebagaimana ditakrifkan dalam mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan kuarantin dan pencegahan penyakit; atau

(ii)

berkenaan dengan sesuatu mayat yang telah dikebumikan kurang daripada lima tahun, melainkan jika pihak berkuasa berpuas hati bahawa ada sebab khas memerlukan mayat itu dikeluarkan dari kubur.

(2)

Seseorang yang menggali dari kubur atau menyebabkan digali dari kubur atau membenar digali dari kubur sesuatu mayat atau sesuatu bahagian dari sesuatu mayat berlawanan dengan seksyen ini atau seseorang yang cuai atau tidak mematuhi apa-apa pengawasan yang ditetapkan sebagai suatu syarat bagi lesen untuk menggali mayat dari kubur atau yang tidak mematuhi apa-apa arahan yang munasabah yang dikeluarkan kepadanya oleh sesuatu pihak berkuasa tempatan bagi maksud mencegah bahaya kepada kesihatan awam melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian XII

Kuasa Tambahan Pihak Berkuasa Tempatan

Bahagian XIII

Undang-Undang Kecil

Bahagian XIV

Pelbagai

Bahagian XV

Kadar dan Nilaian

Bahagian XVI

Peruntukan Khas

Schedules