Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2012Read it in English

Bahagian XI · Tempat Perkuburan, Membakar Mayat dan Mengeluarkan Mayat Dari Kubur

95. Penalti bagi pengebumian yang menyalahi undang-undang

Feedback & support
(1)

Kecuali sebagaimana diperuntukkan dalam subseksyen 94(3), seseorang yang mengebumikan atau membakar mayat atau menyebabkan, mendapatkan atau membiarkan dikebumikan atau dibakar sesuatu mayat atau bahagian dari sesuatu mayat atau menyediakan sesuatu tempat untuk digunakan bagi mengebumikan atau membakar sesuatu mayat dalam atau atas mana-mana tempat, yang bukan suatu tanah perkuburan atau tempat membakar mayat yang diperuntukkan oleh pihak berkuasa tempatan di bawah subseksyen 94(1) atau bukan suatu tanah perkuburan atau tempat membakar mayat yang dilesen di bawah subseksyen 94(2), atau dalam atau atas mana-mana tanah perkuburan atau tempat membakar mayat yang telah ditutup dengan perintah pihak berkuasa tempatan di bawah seksyen 96 melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, dan mahkamah boleh, dengan suatu perintah bertulis yang dimeterai dengan meterainya, mengarahkan orang itu dalam tempoh yang ditetapkan dalam perintah itu—

(a)

supaya memindahkan mayat atau bahagian dari mayat yang mengenainya kesalahan itu telah dilakukan dari tempat di mana ia telah dikebumikan atau dibakar ke suatu tanah perkuburan atau tempat membakar mayat yang diadakan atau dilesen oleh pihak berkuasa tempatan itu di bawah Akta ini;

dan

(b)

supaya membuang apa-apa rangka bina yang didirikan bersalahan dengan seksyen ini dan memulihkan tanah itu kepada keadaan asalnya.

(2)

Seseorang yang enggan atau cuai menurut perintah itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan denda tambahan tidak melebihi satu ratus ringgit bagi setiap satu hari selama tempoh kesalahan itu diteruskan selepas sabitan dan Mahkamah boleh memerintahkan supaya perintah itu dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan itu atas perbelanjaan orang itu.

Kerajaan Tempatan 75

Report

Bahagian XII

Kuasa Tambahan Pihak Berkuasa Tempatan

Bahagian XIII

Undang-Undang Kecil

Bahagian XIV

Pelbagai

Bahagian XV

Kadar dan Nilaian

Bahagian XVI

Peruntukan Khas

Schedules