Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2012Read it in English

Bahagian XI · Tempat Perkuburan, Membakar Mayat dan Mengeluarkan Mayat Dari Kubur

99. Menyimpan daftar

Feedback & support
(1)

Pemunya, pemegang amanah atau orang yang menjaga tiap-tiap tanah perkuburan dan tempat membakar mayat hendaklah menyimpan atau menyebabkan disimpan suatu daftar dalam mana hendaklah dicatatkan nama, jantina, umur, agama, tempat tinggal dan, seberapa yang boleh, sebab kematian tiap-tiap orang yang mayatnya dibawa ke tanah perkuburan atau tempat membakar mayat itu dan hendaklah membenarkan pihak berkuasa tempatan atau mana-mana pegawai yang dilantik dengan sewajarnya olehnya memeriksa daftar itu dan membuat salinannya atau cabutan darinya.

(2)

Seseorang yang, sebagai pemunya, pemegang amanah atau orang yang menjaga mana-mana tanah perkuburan atau tempat membakar mayat—

(a)

tidak mencatatkan butir-butir yang tersebut di atas mengenai seseorang yang mayatnya dibawa ke situ;

(b)

tidak menunjukkan daftar itu kepada pihak berkuasa tempatan atau pegawainya yang dilantik dengan sewajarnya;

(c)

melarang salinan atau cabutan dibuat; atau

(d)

memalsukan daftar itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

78 Undang-Undang Malaysia AKTA 171

Report

Bahagian XII

Kuasa Tambahan Pihak Berkuasa Tempatan

Bahagian XIII

Undang-Undang Kecil

Bahagian XIV

Pelbagai

Bahagian XV

Kadar dan Nilaian

Bahagian XVI

Peruntukan Khas

Schedules