Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2021Read it in English

Bahagian IV · Kewangan

17. Perbelanjaan dan penyediaan anggaran

Feedback & support
(1)

Perbelanjaan Majlis setakat apa-apa amaun sebagaimana yang dibenarkan oleh Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang.

(2)

Sebelum permulaan bulan September setiap tahun, Majlis hendaklah mengemukakan suatu anggaran perbelanjaan (termasuk perbelanjaan bagi projek pembangunan) bagi tahun yang berikutnya kepada Menteri mengikut apa-apa bentuk dan mengandungi

Majlis Amanah Rakyat 17

apa-apa butir sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri; dan

Menteri hendaklah sebelum permulaan tahun yang berikutnya itu memberitahu Majlis amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan secara amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan.

(3)

Majlis boleh pada bila-bila masa mengemukakan suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun kepada Menteri dan Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.

Report

Bahagian V

Kuasa Lain Majlis

Bahagian VI

Peruntukan Pelbagai

Bahagian VII

Peralihan

Schedules