Skip to content

Seksyen 18

Akaun dan audit

of Akta Majlis Amanah Rakyat 1966

ActIn forceProvision 19 of 47
Seksyen 18
(1)

Majlis hendaklah menyimpan dengan sepatutnya akaun dan rekod lain berkenaan dengan perjalanannya dan hendaklah menyediakan penyata akaun berkenaan dengan setiap tahun kewangan.

(2)

Akaun Majlis hendaklah diaudit setiap tahun oleh Ketua

Audit Negara atau juruaudit lain yang dilantik oleh Majlis dengan kelulusan Menteri.

(3)

Selepas berakhir setiap tahun kewangan, dan sebaik sahaja akaun Majlis diaudit, Majlis hendaklah menyebabkan supaya dihantar suatu salinan penyata akaun itu kepada Menteri, bersama-sama dengan suatu salinan apa-apa pemerhatian yang dibuat oleh Ketua

Audit Negara atau juruaudit lain yang dilantik di bawah subseksyen

(2)

mengenai mana-mana penyata atau mengenai akaun Majlis itu.

(4)

Menteri hendaklah menyebabkan supaya suatu salinan tiap-tiap penyata dan pemerhatian itu dibentangkan di hadapan setiap

Majlis Parlimen.