Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2023Read it in English
Contents

Bahagian IV · Peruntukan yang Berhubungan Dengan Pegawai dan Pekerja

30. Penerusan dan penyelesaian prosiding tatatertib

(1)

Jika pada tarikh ditetapkan, prosiding tatatertib yang belum selesai atau wujud terhadap mana-mana pegawai atau pekerja

Kerajaan yang telah memilih perkhidmatan Suruhanjaya, prosiding itu hendaklah diteruskan dan diselesaikan oleh Suruhanjaya, dan undang-undang yang terpakai bagi pegawai atau pekerja itu sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan berhubung dengan prosiding itu hendaklah terpakai bagi prosiding yang diteruskan dan diselesaikan di bawah seksyen ini.

(2)

Suatu perintah, keputusan atau arahan yang dibuat atau diberi oleh pihak berkuasa tatatertib Suruhanjaya menurut seksyen ini hendaklah, berkenaan dengan pegawai atau pekerja itu, mempunyai kuasa dan kesan yang sama sebagai suatu perintah, keputusan atau arahan yang dibuat atau diberikan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib,

Lembaga Tatatertib atau Lembaga Rayuan Tatatertib, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah undang-undang yang disebut dalam subseksyen (1).

34

Undang-Undang Malaysia

(3)

Subseksyen 61(1) tidaklah terpakai bagi penzahiran oleh

Suruhanjaya mengenai mana-mana rekod, buku, daftar, surat-menyurat, apa jua dokumen, bahan atau maklumat, yang berhubungan dengan urusan dan hal ehwal Suruhanjaya yang dikehendaki oleh Kerajaan Malaysia menurut seksyen ini.

(4)

Menteri boleh melalui perintah membuat apa-apa ubah suaian kepada undang-undang yang disebut dalam subseksyen (1) dalam pemakaiannya kepada pegawai atau pekerja sebagaimana yang perlu bagi maksud menghapuskan kesulitan yang berbangkit daripada peruntukan subseksyen itu.

Report

Bahagian V

Kewangan

Bab 3

Bahagian VI

Penyiasatan, Penggeledahan dan Penyitaan

Bahagian VII