Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 · Updated to 1 Oct 2023 · Bahagian IV · Peruntukan yang Berhubungan Dengan Pegawai dan Pekerja
27. Pegawai dan pekerja Suruhanjaya
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Suruhanjaya boleh melantik dan menggaji orang sebagai pegawai atau pekerjanya sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi perjalanan yang cekap urusan dan hal ehwal Suruhanjaya, pentadbiran yang sempurna Akta ini, Akta Koperasi 1993 atau mana-mana undang-undang bertulis lain:
Dengan syarat bahawa Suruhanjaya hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, menerima ke dalam penggajiannya tiap-tiap orang yang sebaik sebelum tarikh itu telah berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia bagi maksud pelaksanaan Akta Koperasi 1993 dan yang telah diberi pilihan oleh Kerajaan Malaysia dan telah memilih untuk berkhidmat sebagai pegawai atau pekerja Suruhanjaya.
Tiap-tiap orang sedemikian yang memilih di bawah subseksyen (1) untuk berkhidmat sebagai pegawai atau pekerja
Suruhanjaya hendaklah diberi penggajian oleh Suruhanjaya atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang kepadanya dia berhak sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan.
Pegawai dan pekerja Suruhanjaya hendaklah memegang jawatan bagi apa-apa tempoh, menerima apa-apa saraan, elaun atau faedah, dan tertakluk pada apa-apa terma dan syarat perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.
32
Undang-Undang Malaysia
Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan Menteri, daripada kumpulan wang Suruhanjaya menubuh dan menyenggara suatu kumpulan wang pencen dan kebajikan untuk pegawai, pekerja dan tanggungan mereka.
Jika pegawai atau pekerja Suruhanjaya telah dipinjamkan atau ditukarkan ke perkhidmatan Suruhanjaya dari, atau sebelumnya berada dalam perkhidmatan Kerajaan Persekutuan atau Negeri atau pihak berkuasa awam lain yang diluluskan oleh Lembaga, perlantikan pegawai atau pekerja itu hendaklah, tertakluk pada mana-mana undang-undang Persekutuan atau Negeri, dibuat mengikut apa-apa perkiraan mengenai pencen dan elaun bagi perkhidmatan lampau sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.
Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan Menteri, daripada kumpulan wang Suruhanjaya, mengadakan dan menyenggara suatu akaun amanah yang dipanggil “Akaun Kebajikan Kakitangan
Suruhanjaya Koperasi Malaysia” untuk faedah pegawai dan pekerjanya, termasuk tanggungan mereka.
Akaun Kebajikan Kakitangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia hendaklah digunakan bagi apa-apa maksud berkaitan dengan kebajikan pegawai dan pekerja Suruhanjaya, termasuk tanggungan mereka, yang boleh dari semasa ke semasa dibuat dalam arahan amanah yang dikeluarkan oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri, dan arahan itu boleh memperuntukkan cara dan tatacara bagi pemberian, pinjaman atau pembayaran lain daripada Akaun itu.
Bahagian V
Kewangan
Bab 3
Bahagian VI