Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 · Updated to 1 Oct 2023 · Bahagian VII
Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 · Updated to 1 Oct 2023 · Bahagian VII
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Mana-mana koperasi yang tidak mematuhi kehendak di bawah subseksyen 42(2) dan 43(1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit dan sebagai tambahan, didenda harian tidak melebihi lima ribu ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan.
Mana-mana orang yang tidak mematuhi kehendak di bawah seksyen 48 atau subseksyen 49(1), 49(2) atau 50(2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau
58
Undang-Undang Malaysia kedua-duanya dan sebagai tambahan, didenda harian tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan.