Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2023Read it in English
Contents

Bab 3

41. Penyenggaraan kumpulan wang dan akaun

(1)

Dalam Bab ini—

“Akaun Deposit Koperasi” ertinya suatu akaun yang ditubuhkan di bawah seksyen 43;

“Akaun Pelikuidasian Koperasi” ertinya akaun amanah yang ditentukan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen 75(4) Akta

Koperasi 1993 di mana kumpulan wang mana-mana koperasi yang dibubarkan dipegang menurut subseksyen 75(7) Akta Koperasi 1993

40

Undang-Undang Malaysia sementara menunggu pengagihannya kepada penerima faedah mengikut skim yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya;

“Kumpulan Wang Likuiditi Pusat” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 42 untuk memberi sokongan likuiditi kepada koperasi yang mengalami kekurangan likuiditi luar biasa atau tidak disangka;

“Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi” ertinya kumpulan wang yang ditubuh, dipegang, ditadbir dan digunakan menurut Peraturan-Peraturan Koperasi (Kumpulan Wang Amanah

Pembangunan Koperasi) 2010 [P.U. (A) 127/2010];

“Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan, dipegang, ditadbir dan digunakan menurut

Peraturan-Peraturan Koperasi (Kumpulan Wang Amanah Pendidikan

Koperasi) 2010 [P.U. (A) 128/2010];

“Kumpulan Wang Pusat Koperasi” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan, dipegang, ditadbir dan digunakan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen 75(8) Akta Koperasi 1993.

(2)

Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan daripada Menteri menurut

Akta ini,

Akta

Koperasi 1993

atau mana-mana undang-undang bertulis lain, mengendali, mengurus dan menyenggara apa-apa kumpulan wang untuk melanjutkan objektifnya.

(3)

Suruhanjaya hendaklah memegang dan mentadbir yang berikut:

(a)

Kumpulan Wang Pusat Koperasi;

(b)

Akaun Deposit Koperasi;

(c)

Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi;

(d)

Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi;

(e)

Akaun Pelikuidasian Koperasi;

Suruhanjaya Koperasi Malaysia 41

(f)

Kumpulan Wang Likuiditi Pusat; dan

(g)

apa-apa kumpulan wang lain yang ditubuhkan oleh

Suruhanjaya dengan kelulusan Menteri.

(4)

Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengubah, memotong, menambah kepada, menggantikan atau selainnya meminda subseksyen (3) dan apabila perintah itu disiarkan, subseksyen (3) sebagaimana yang diubah, dipotong, ditambah kepada, diganti atau selainnya dipinda, hendaklah mula berkuat kuasa dan terpakai sepenuhnya dan hendaklah dianggap sebagai sebahagian penting Akta ini bermula dari tarikh penyiaran itu atau dari tarikh yang terkemudian sebagaimana yang ditentukan dalam perintah itu.

(5)

Suruhanjaya hendaklah menzahirkan penjalanan kumpulan wang di bawah subseksyen (3) dalam laporan tahunannya mengikut perenggan 39(1)(b).

Report

Bahagian VI

Penyiasatan, Penggeledahan dan Penyitaan

Bahagian VII