Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 · Updated to 1 Oct 2023 · Bab 2
11. Tugas dan komposisi
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Suruhanjaya hendaklah mempunyai suatu lembaga pengarah yang hendaklah bertanggungjawab bagi penjalanan urusan dan hal ehwal Suruhanjaya dan hendaklah menjalankan segala kuasa dan melakukan segala tindakan yang boleh dijalankan atau dilakukan oleh
Suruhanjaya.
(Dipotong oleh Akta A1694).
Lembaga hendaklah terdiri daripada pengarah yang berikut:
seorang Pengerusi yang dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong, atas nasihat Menteri;
Ketua Setiausaha atau seorang Timbalan Ketua Setiausaha
Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan koperasi sebagaimana yang dinamakan oleh Menteri;
Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau seorang Timbalan
Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau mana-mana wakil
Kementerian Kewangan;
seorang Ketua Setiausaha atau seorang Timbalan Ketua
Setiausaha suatu kementerian sebagaimana yang dilantik oleh Menteri;
Gabenor, atau seorang Timbalan Gabenor atau Penolong
Gabenor Bank Negara Malaysia sebagaimana yang dinamakan oleh Gabenor;
seorang Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik oleh
Menteri di bawah seksyen 11A; dan
Suruhanjaya Koperasi Malaysia 19
enam orang yang dilantik oleh Menteri, sekurang-kurangnya dua daripadanya hendaklah orang yang berkedudukan dan berpengalaman dalam pergerakan koperasi.
(Dipotong oleh Akta A1694).
(Dipotong oleh Akta A1694).
(Dipotong oleh Akta A1694).
Pengerusi hendaklah dilantik tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang terkandung dalam surat pelantikannya.
(Dipotong oleh Akta A1694).
Bahagian III
Kuasa Suruhanjaya
Bahagian IV
Peruntukan yang Berhubungan Dengan Pegawai dan Pekerja
Bahagian V
Kewangan
Bab 3
Bahagian VI