Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 · Updated to 1 Oct 2023 · Bahagian V · Kewangan
Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 · Updated to 1 Oct 2023 · Bahagian V · Kewangan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Menteri dan Menteri Kewangan, menjana kumpulan wang seperti yang berikut:
meminjam wang daripada Kerajaan, agensi Kerajaan atau mana-mana orang lain; atau
mengeluarkan bon, debentur, stok debentur atau mana-mana sekuriti lain, mengikut apa-apa cara yang Suruhanjaya fikirkan patut atau atas apa-apa terma atau syarat yang disifatkannya suai manfaat bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau untuk melaksanakan mana-mana fungsi, kuasa atau tugasnya di bawah Akta ini.
38
Undang-Undang Malaysia
Bahagian VI