Malaysia External Trade Development Corporation Act 1992 · Updated to 1 Aug 2020 · Bahagian V · Peruntukan Kewangan
28. Kumpulan Wang Pembangunan Perdagangan
Feedback & supportBagi maksud Akta ini, Perbadanan hendaklah menubuhkan, mentadbirkan dan mengawal suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Kumpulan Wang Pembangunan Perdagangan”.
Maka hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang itu—
apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Kerajaan;
apa-apa jumlah wang yang dipinjam oleh Perbadanan di bawah seksyen 14;
tertakluk kepada subseksyen (3), apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa kepada
Perbadanan daripada kumpulan wang pinjaman;
semua wang yang didapati melalui pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada
Kumpulan Wang atau penyediaan perkhidmatan oleh
Perbadanan;
semua wang yang didapati atau berbangkit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Perbadanan;
Perbadanan Pembangunan Perdagangan
Luar Malaysia 25
apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Perbadanan;
semua derma dan sumbangan yang diterima dari dalam atau luar Malaysia;
semua wang yang dibayar kepada atau diterima oleh
Perbadanan daripada levi yang dikenakan atau dikutip mengikut seksyen 26; dan
semua wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada
Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya.
Dalam seksyen ini dan seksyen 29, ungkapan “kumpulan wang pinjaman” ertinya apa-apa jumlah wang yang boleh diadakan dari semasa ke semasa bagi Kerajaan sebagai pinjaman.