Skip to content

Seksyen 33

Perbelanjaan dan penyediaan anggaran

of Akta Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia 1992

ActIn forceProvision 33 of 38
Seksyen 33
(1)

Perbelanjaan Perbadanan hingga sebanyak yang dibenarkan oleh Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada

Kumpulan Wang.

(2)

Sebelum permulaan bulan September setiap tahun, Perbadanan hendaklah mengemukakan kepada

Menteri suatu anggaran perbelanjaan (termasuk perbelanjaan bagi projek pembangunan) bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri; dan sebelum permulaan tahun yang berikutnya Menteri hendaklah memberitahu

Perbadanan amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan.

(3)

Perbadanan boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada

Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan

Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 490

Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980