Malaysia External Trade Development Corporation Act 1992 · Updated to 1 Aug 2020 · Bahagian V · Peruntukan Kewangan
29. Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang
Feedback & supportTertakluk kepada seksyen 30, Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan untuk—
pembayaran apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Perbadanan, termasuklah fi dan kos kaji selidik dan guaman dan kos dan fi yang lain, saraan bagi pegawai dan pekhidmat yang dilantik dan diguna khidmat oleh
Perbadanan, termasuklah elaun persaraan, pencen atau ganjaran;
membayar apa-apa kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau disetuju terima dengan sepatutnya oleh
Perbadanan pada menjalankan kuasanya atau melaksanakan fungsinya;
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 490
membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah seksyen 14 dan bunga yang kena dibayar atasnya;
memberikan pinjaman di bawah seksyen 15;
tertakluk kepada subseksyen 28(3), bayaran apa-apa caj atas apa-apa amaun yang diperuntukkan kepada
Perbadanan daripada kumpulan wang pinjaman;
pemberian pinjaman kepada pegawai dan pekhidmat
Perbadanan bagi maksud yang diluluskan oleh Menteri;
dan
pada amnya, membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.