Akta Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran) 2015 · Updated to 5 Jan 2015 · Bahagian III · Cadangan Pentadbir dan Pelantikan Penasihat Bebas
19. Kajian semula cadangan oleh Penasihat Bebas
Feedback & supportPenasihat Bebas hendaklah menjalankan suatu kajian semula cadangan yang disediakan oleh Pentadbir di bawah seksyen 17.
Dalam mengkaji semula cadangan itu, Penasihat Bebas boleh mempertimbangkan—
kepentingan semua orang yang terjejas oleh cadangan itu, termasuk pemiutang, Syarikat yang Ditadbir dan Malaysia
Airlines Berhad, jika berkenaan, dengan memberikan setiap kategori orang yang terjejas oleh cadangan itu setiap apa-apa pewajaran yang difikirkannya patut;
atau
apa-apa perkara atau pertimbangan lain yang difikirkan berkaitan atau sesuai oleh Penasihat Bebas di bawah hal keadaan itu.
Selepas kajian semula itu disiapkan, Penasihat Bebas hendaklah menyediakan suatu laporan mengenai kajian semulanya dan mengemukakan laporan itu kepada Pentadbir dan pelantik.