Skip to content
In forceUpdated to 5 Jan 2015Read it in English

Bahagian III · Cadangan Pentadbir dan Pelantikan Penasihat Bebas

18. Pelantikan dan kelayakan Penasihat Bebas

Feedback & support
(1)

Selepas diberitahu oleh Pentadbir bahawa suatu cadangan akan disediakan di bawah seksyen 17, pelantik hendaklah melantik seorang Penasihat Bebas.

(2)

Tiada seorang pun boleh dilantik sebagai Penasihat Bebas melainkan jika—

(a)

orang itu telah bersetuju secara bertulis mengenai pelantikan itu;

(b)

orang itu tidak mempunyai hubung kait dengan pelantik, pengurusan dan lembaga pengarah Syarikat yang Ditadbir dan Malaysia Airlines Berhad, dan tidak mempunyai apa jua kepentingan dalam Syarikat yang Ditadbir dan

Malaysia Airlines Berhad; dan

(c)

orang itu merupakan—

(i)

suatu bank pelaburan;

(ii)

suatu firma akauntan; atau

Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran)

(iii)

seorang (selain orang sebenar) yang dibenarkan untuk menjalankan aktiviti pemberian nasihat mengenai kewangan korporat yang merupakan aktiviti terkawal di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671] dan yang, pada pendapat pelantik, mempunyai pengalaman yang dikehendaki atau berupaya melaksanakan tugas Penasihat Bebas.

Report

Bahagian IV

Malaysia Airlines Berhad

Bab

Bab 67], Ordinan Buruh Sarawak 1952

Bahagian V

Bahagian VI

Schedules