Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 · Updated to 20 May 2022 · Bahagian IV · Kesalahan dan Penalti
24. Section 24
Feedback & supportMana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen 16, 17, 20, 21, 22 dan 23 apabila disabitkan boleh—
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun; dan
didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 35
itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen 18 apabila disabitkan boleh—
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun; dan
didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai butir matan yang palsu atau silap atau tidak lengkap itu jika butir matan yang palsu atau silap atau tidak lengkap itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Kewajipan untuk melaporkan transaksi penyogokan