Skip to content
In forceUpdated to 20 May 2022Read it in English

Bahagian IV · Kesalahan dan Penalti

25. Section 25

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang diberikan, dijanjikan, atau ditawarkan, apa-apa suapan dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini hendaklah melaporkan pemberian, janji atau tawaran itu, berserta dengan nama, jika diketahui, orang yang memberikan, menjanjikan atau menawarkan suapan itu kepadanya kepada pegawai Suruhanjaya atau pegawai polis yang paling hampir.

(2)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

(3)

Mana-mana orang yang daripadanya suapan telah diminta atau diperoleh, atau suatu percubaan telah dibuat untuk memperoleh suapan itu, dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini, hendaklah seawal yang mungkin selepas itu melaporkan permintaan atau perolehan, atau percubaan untuk memperoleh, suapan itu berserta dengan perihalan yang lengkap dan benar dan, jika diketahui, nama orang yang meminta, atau memperoleh, atau cuba memperoleh, suapan daripadanya itu kepada pegawai Suruhanjaya atau pegawai polis yang paling hampir.

(4)

Mana-mana orang yang tidak, tanpa alasan yang munasabah, mematuhi subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan apabila

Undang-Undang Malaysia 36

disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Berurusan tentang, menggunakan, memegang, menerima atau menyembunyikan suapan atau faedah berhubung dengan apa-apa kesalahan

Report

Bahagian V

Bahagian VI

Keterangan

Bahagian VII

Bahagian VIII

Bahagian IX

Pemansuhan dan Kecualian

Schedules