Skip to content

Seksyen 60

Raya

of Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

ActIn forceProvision 60 of 74
Seksyen 60
(1)

Walau apa pun peruntukan seksyen 417 Kanun Tatacara

Jenayah dan tertakluk pada subseksyen (5), Pendakwa Raya boleh dalam apa-apa kes tertentu yang dibicarakan di Mahkamah Sesyen bagi kesalahan di bawah Akta ini, mengeluarkan suatu perakuan menyatakan Mahkamah Tinggi yang dalamnya prosiding itu hendaklah dimulakan atau dipindahkan dan menghendaki supaya orang tertuduh disebabkan hadir atau dikemukakan di hadapan

Mahkamah Tinggi itu.

(2)

Kuasa Pendakwa Raya di bawah subseksyen (1) hendaklah dijalankan olehnya sendiri.

(3)

Perakuan Pendakwa Raya yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah

Sesyen itu dan dengan itu Mahkamah Sesyen itu hendaklah memindahkan kes itu kepada Mahkamah Tinggi yang dinyatakan dalam perakuan itu dan menyebabkan orang tertuduh hadir atau dibawa di hadapan Mahkamah Tinggi itu dengan seberapa segera yang boleh dilaksanakan.

(4)

Jika orang tertuduh itu hadir atau dibawa di hadapan

Mahkamah Tinggi mengikut subseksyen (3), Mahkamah Tinggi itu hendaklah menetapkan tarikh bagi perbicaraannya yang hendaklah diadakan mengikut tatacara di bawah Bab XX Kanun Tatacara

Jenayah.

(5)

Seksyen ini hendaklah terpakai bagi semua kes di hadapan

Mahkamah Sesyen untuk membicarakan kesalahan di bawah Akta ini, sama ada atau tidak prosiding dimulakan sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, dengan syarat bahawa orang tertuduh tidak mengaku salah dan tiada keterangan terhadapnya berkenaan dengan kes itu telah dikemukakan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 73

Percantuman kesalahan