Skip to content
In forceUpdated to 20 May 2022Read it in English

Bahagian VII

63. Section 63

Feedback & support
(1)

Apabila dua orang atau lebih dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini mahkamah boleh, atas permohonan bertulis Pendakwa Raya, menghendaki seorang atau lebih seorang daripada mereka supaya memberikan keterangan sebagai saksi untuk pihak pendakwaan.

(2)

Mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1) yang enggan membuat sumpah atau ikrar untuk menjawab apa-apa soalan yang sah hendaklah diperlakukan mengikut cara yang sama sebagaimana saksi yang enggan sedemikian boleh diperlakukan di sisi undang-undang oleh mahkamah.

(3)

Tiap-tiap orang yang dikehendaki supaya memberikan keterangan di bawah subseksyen (1), yang, pada pendapat mahkamah, membuat penzahiran yang benar dan penuh tentang semua perkara yang tentangnya dia diperiksa dengan sah, hendaklah berhak menerima perakuan tanggung rugi di bawah meterai mahkamah

Undang-Undang Malaysia 74

itu yang menyatakan bahawa orang itu telah membuat penzahiran yang benar dan penuh tentang semua perkara yang tentangnya dia diperiksa, dan perakuan itu hendaklah menjadi galangan bagi segala prosiding undang-undang terhadapnya berkenaan dengan semua benda itu.

(4)

Sesuatu permohonan oleh Pendakwa Raya di bawah subseksyen (1) boleh dikemukakan kepada mahkamah oleh pegawai yang menjalankan pendakwaan.

Report

Bahagian VIII

Bahagian IX

Pemansuhan dan Kecualian

Schedules