Skip to content

Seksyen 49

Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan

of Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007

ActIn forceProvision 49 of 56
Seksyen 49
(1)

Jika sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, maka mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa bertindak atas apa-apa sifat sedemikian atau yang dalam apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab tentang pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian—

(a)

boleh didakwa secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan

(b)

jika pertubuhan perbadanan itu didapati telah melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—

(i)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya; dan

(ii)

bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.

(2)

Jika mana-mana orang boleh di bawah Akta ini dikenakan apa-apa hukuman atau penalti bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran, maka dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau ejennya, atau pekerja ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan—

(a)

oleh pekerjanya dalam masa penggajiannya;

(b)

oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihaknya; atau

Industri Biobahan Api Malaysia 37

(c)

oleh pekerja ejen itu dalam masa penggajian pekerja itu dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu.