Seksyen 51
Perlindungan daripada tindakan guaman dan prosiding undang-undang
of Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007
Tiada tindakan boleh diambil atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau dibuat dalam mana-mana mahkamah terhadap—
38
Undang-Undang Malaysia
(a)
pegawai penguat kuasa atau mana-mana pegawai lain yang dilantik dengan sewajarnya oleh pihak berkuasa pelesenan;
dan
(b)
mana-mana orang lain bagi atau atas sebab atau berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau dikatakan dilakukan olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan pihak berkuasa pelesenan, pegawai penguat kuasa atau mana-mana pegawai lain yang dilantik dengan sewajarnya oleh pihak berkuasa pelesenan, jika perbuatan itu dilakukan dengan suci hati dan dengan mempercayai dengan semunasabahnya bahawa ia perlu bagi maksud yang diniatkan untuk dicapai melaluinya dan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.