Skip to content

Seksyen 46

of Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007

ActIn forceProvision 46 of 56

Seksyen 46

(1)

Pihak berkuasa pelesenan boleh, dengan keizinan

Pendakwa Raya, membuat tawaran bertulis untuk mengkompaun mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini dan yang ditetapkan sebagai kesalahan boleh dikompaunkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada pihak berkuasa pelesenan suatu amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus amaun maksimum denda bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu.

(2)

Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa

Industri Biobahan Api Malaysia 35

pendakwaan baginya dimulakan.

(3)

Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran di bawah subseksyen (1) tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh pihak berkuasa pelesenan, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(4)

Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun telah dibuat dan apa-apa bahan api atau hasil penjualannya, atau apa-apa pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan atau dilucuthakkan oleh pihak berkuasa pelesenan, tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut dikenakan mengikut syarat kompaun oleh pihak berkuasa pelesenan.