Skip to content

Seksyen 53

Kuasa untuk mengecualikan

of Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007

ActIn forceProvision 53 of 56
Seksyen 53
(1)

Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta mengecualikan, tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut dikenakan, mana-mana orang atau golongan orang atau apa-apa aktiviti atau golongan aktiviti yang berhubungan dengan biobahan api daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini.

(2)

Menteri boleh, pada bila-bila masa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membatalkan apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) jika dia berpuas hati bahawa pengecualian itu tidak lagi diperlukan.

Industri Biobahan Api Malaysia 39