Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007 · Updated to 1 Nov 2022 · Bahagian IV
55. Peraturan-peraturan
Feedback & supportMenteri boleh, selepas berunding dengan pihak berkuasa pelesenan, membuat peraturan-peraturan yang perlu atau suai manfaat bagi melaksanakan sepenuhnya atau menjalankan peruntukan-peruntukan Akta ini.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi—
menetapkan piawaian pemprosesan, penstoran, pengangkutan dan pengendalian termasuk pembungkusan biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa biobahan api lain;
menetapkan piawaian atau gred biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa biobahan api lain dan membuat peruntukan untuk melaksanakan piawaian atau gred itu, termasuk peruntukan bagi atau yang berhubungan dengan pelabelan;
menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti oleh pengeksport dalam mengeksport biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa biobahan api lain;
mengadakan peruntukan bagi penyenggaraan piawaian pelakuan yang sepatutnya dalam penjalanan industri biobahan api dan bagi urusan pelanggarannya;
menetapkan amalan yang hendaklah diikuti atau dielakkan dalam industri biobahan api;
40
Undang-Undang Malaysia
menetapkan nama dan perihalan yang hendaklah digunakan bagi biobahan api, biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa bahan api lain atau biobahan api yang diadunkan dengan apa-apa biobahan api lain;
menetapkan kesalahan yang boleh dikompaunkan;
menetapkan rekod dan dokumen yang dikehendaki disimpan dan penyata yang dikehendaki dikemukakan;
menetapkan fi dan caj yang kena dibayar kepada pihak berkuasa pelesenan di bawah Akta ini dan cara memungut dan membelanjakan fi itu;
mengadakan peruntukan bagi mengawal selia semua atau mana-mana aktiviti pihak berkuasa pelesenan dan secara amnya bagi pelaksanaan fungsi, penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan pihak berkuasa pelesenan di bawah
Akta ini; dan
mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang dimaksudkan oleh, atau yang perlu bagi melaksanakan sepenuhnya, peruntukan Akta ini dan bagi pentadbirannya yang sewajarnya.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan bahawa apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan hukuman denda tidak melebihi satu ratus lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.