Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pasukan Kadet Bersatu
Malaysia 1967.
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Pasukan Kadet Bersatu Malaysia 1967 is Malaysia Act, cited as Act 417 1967, currently marked in force and first recorded in 1967.
MALAYSIA
VERSI ATAS TALIAN TEKS
CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI
Akta 417
AKTA PASUKAN KADET
BERSATU MALAYSIA 1967
Sebagaimana pada 1 Disember 2011
Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara, bagi Malaysian
Combined Cadet Force Act 1967 sebagaimana disemak dalam tahun 1989. Melainkan dan sehingga ditetapkan sebagai sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1967/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan.
2
Pertama kali dibuat … … … … … 1967 (No. Akta 43
tahun1958)
Semakan … … … … … … 1989 (Akta 357 m.b.p
1 Disember1988)
3
Akta 417
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam
Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
Tajuk ringkas dan pemakaian
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pasukan Kadet Bersatu
Malaysia 1967.
Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.—
“anggota” ertinya seseorang pegawai, pegawai kadet atau kadet yang telah dilantik atau didaftarkan dengan sewajarnya ke dalam Pasukan, mengikut mana-mana yang berkenaan;
“Menteri” ertinya Menteri Pendidikan;
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 417
“Pasukan” ertinya Pasukan Kadet Bersatu Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“pegawai” ertinya seseorang yang dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong untk menjadi pegawai mengikut seksyen 7; dan
“pegawai kadet” ertinya seseorang yang dilantik untuk menjadi pegawai kadet mengikut seksyen 8.
Penubuhan Pasukan Kadet Bersatu
Maka hendaklah diwujudkan dan disenggarakan bagi tujuan menanamkan rasa bertatatertib, bertanggungjawab dan suka mengembara kepada belia dan mengenai sifat kepimpinan dan kewarganegaraan yang baik kepada belia itu, suatu pasukan sukarela yang digelar “Pasukan Kadet Bersatu Malaysia” atau, dalam bahasa Inggeris, “Malaysian Combined Cadet Forces”.
Pasukan hendaklah—
berhubung dengan pentadbiran dan tatatertib, berada di bawah arahan dan pengawasan am Yang di-Pertuan
Agong; dan
berhubung dengan latihan, peruntukan senjata, peralatan dan apa-apa barang tentera dan kelengkapan lain yang perlu, dinasihati dan dibantu oleh Majlis
Angkatan Tentera.
Unit Pasukan
Pasukan hendaklah terdiri daripada apa-apa unit dan subunit sebagaimana yang dibentuk dan ditubuhkan dari semasa ke semasa oleh Menteri dengan nasihat Majlis Angkatan Tentera;
dan Menteri boleh dengan nasihat sedemikian pada bila-bila masa membubarkan mana-mana unit atau subunit atau menyatukan mana-mana unit atau subunit dengan mana-mana unit atau subunit yang lain.
Pasukan Kadet Bersatu Malaysia 7
Tiap-tiap unit yang dibentuk dan ditubuhkan di bawah seksyen ini hendaklah dikenali dengan apa-apa nama atau gelaran sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri; dan Menteri boleh pada bila-bila masa mengubah atau meminda mana-mana nama atau gelaran itu.
Jawatankuasa Penasihat
Menteri boleh selepas berunding dengan Majlis Angkatan
Tentera melantik suatu Jawatankuasa Penasihat untuk menasihati tentang pentadbiran Pasukan dan tentang perkara lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Pelantikan dan pendaftaran
Mana-mana warganegara Malaysia adalah layak untuk dilantik sebagai pegawai atau pegawai kadet, atau untuk didaftarkan sebagai kadet dalam Pasukan:
Dengan syarat bahawa seseorang warganegara Komanwel boleh, walaupun dia juga bukan seorang warganegara Malaysia dilantik atau didaftarkan ke dalam Pasukan, jika Menteri berpendapat tindakan itu adalah perlu dan suai manfaat.
Pegawai yang dilantik ke dalam Pasukan
Pegawai hendaklah dilantik ke dalam Pasukan oleh Yang di-Pertuan Agong yang boleh dari semasa ke semasa menurunkan pangkat, menaikkan atau meningkatkan pangkat pegawai itu.
Yang di-Pertuan Agong boleh mengurniakan pelantikan kehormat sebagai pegawai dalam Pasukan kepada mana-mana orang sebagaimana yang difikirkannya layak.
Yang di-Pertuan Agong boleh, tanpa memberi apa-apa sebab baginya, membatalkan mana-mana pelantikan atau pengurniaan yang dibuat di bawah seksyen ini.
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 417
Pegawai memerintah dan pegawai kadet
Menteri boleh, atas nasihat Majlis Angkatan Tentera, melantik pegawai menjadi pegawai memerintah bagi unit pasukan atau menjadi pegawai kadet dalam Pasukan; dan Menteri boleh, tanpa memberi apa-apa sebab baginya, membatalkan mana-mana pelantikan itu.
Komander subunit
Pegawai memerintah boleh, dengan kelulusan Menteri, melantik pegawai menjadi komander subunit.
Menteri boleh menyingkirkan perkhidmatan seorang kadet
Menteri boleh pada bila-bila masa menyingkirkan perkhidmatan mana-mana kadet.
Peraturan-peraturan
Yang di-Pertuan agong boleh membuat peraturan-peraturan bagi melaksanakan maksud Akta ini.
Khususnya, dan tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang tersebut di atas, peraturan-peraturan itu boleh menetapkan—
pelantikan, kekananan, kenaikan pangkat dan peningkatan atau penurunan pangkat pegawai;
cara bagaimana dan syarat yang tertakluk kepadanya orang yang berhasrat untuk mendaftar dalam Pasukan boleh menawarkan diri mereka untuk didaftarkan dan bentuk akuan yang perlu dibuat oleh orang itu;
Pasukan Kadet Bersatu Malaysia 9
kekananan, kenaikan pangkat dan peningkatan atau penurunan pangkat pegawai kadet dan kadet;
takat perkhidmatan yang dikehendaki daripada anggota, yang perkhidmatan itu boleh, tertakluk kepada seksyen 14, termasuk perkhidmatan di luar Malaysia; dan
Menteri boleh, selepas berunding dengan Majlis Angkatan
Tentera, membuat kaedah-kaedah berhubungan dengan—
takat latihan yang perlu dijalani dan taraf yang perlu dicapai oleh anggota mengenainya dari semasa ke semasa;
Perintah tetap
Majlis Angkatan Tentera boleh membuat perintah tetap yang tidak bercanggah dengan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya berhubungan dengan pengelolaan, pentadbiran dan latihan menyeluruh Pasukan.
Khususnya, dan tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang tersebut di atas, perintah tetap itu boleh membuat peruntukan bagi—
pengeluaran dan penjagaan senjata, peralatan, amunisi, bekalan, pakaian dan kelengkapan;
Perkhidmatan di luar Malaysia
Tiada seorang pun anggota boleh, tanpa persetujuannya secara bertulis, dan dalam hal seorang anggota yang di bawah umur 21
tahun, tanpa persetujuan ibu bapanya atau penjaganya, dikehendaki berkhidmat di luar had wilayah Malaysia.
Perwakilan kuasa Yang di-Pertuan Agong
Yang di-Pertuan Agong boleh dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta mewakilkan kepada Menteri segala atau mana-mana kuasa yang diberikan kepadanya oleh Akta ini, kecuali hanya kuasa yang diberikan oleh seksyen 11.
Perbelanjaan
Maka hendaklah dibayar daripada wang yang diperuntukkan oleh Parlimen apa-apa perbelanjaan yang dilakukan di bawah atau menurut kuasa Akta ini.
Pemansuhan
Ordinan Kor Latihan Udara Persekutuan Tanah Melayu 1950
[N.M.B Ord. 69 tahun 1950], dan Ordinan Kor Kadet Persekutuan
Tanah Melayu 1952 [N.M.B Ord. 46 tahun 1952], adalah dengan ini dimansuhkan:
Dengan syarat bahawa—
segala perundangan subsidiari yang dibuat di bawah
Ordinan itu yang dengan ini dimansuhkan dan yang mula berkuat kuasa sebaik sebelum permulaan kuat kuasa
Akta ini, setakat mana perundangan subsidiari itu tidak bercanggah dengan Akta ini, hendaklah terus berkuat kuasa dan terpakai bagi semua anggota Pasukan sehingga peruntukan lain dibuat di bawah Akta ini;
Pasukan Kadet Bersatu Malaysia 11
semua orang yang sebaik sebelum permulaan kuat kuasa
Akta ini adalah pegawai yang ditauliahkan atau orang yang didaftarkan di bawah Ordinan yang dimansuhkan sedemikian hendaklah, dengan persetujuan mereka dan dengan kelulusan pihak berkuasa yang berkenaan, disifatkan sebagai pegawai yang dilantik atau orang yang didaftarkan di bawah Akta ini, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan pegawai dan orang yang disifatkan sedemikian yang masing-masing akan dilantik dan didaftarkan, hendaklah mempunyai pangkat dan kekananan yang tidak kurang baiknya daripada yang diberikan kepada mereka sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini.
Bagi maksud perenggan (b) ungkapan “pihak berkuasa yang berkenaan” berhubungan dengan apa-apa kelulusan yang akan diberikan di bawah perenggan itu ertinya Yang di-Pertuan Agong dalam hal pegawai yang ditauliahkan, dan Menteri dalam hal orang yang didaftarkan, di bawah Ordinan yang dimansuhkan seperti yang disebut terdahulu.
12
AKTA 417
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
─ TIADA ─
13
AKTA 417
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
─ TIADA ─
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.