Seksyen 7
Pegawai yang dilantik ke dalam Pasukan
of Akta Pasukan Kadet Bersatu Malaysia 1967
ActIn forceProvision 7 of 17
Seksyen 7
(1)
Pegawai hendaklah dilantik ke dalam Pasukan oleh Yang di-Pertuan Agong yang boleh dari semasa ke semasa menurunkan pangkat, menaikkan atau meningkatkan pangkat pegawai itu.
(2)
Yang di-Pertuan Agong boleh mengurniakan pelantikan kehormat sebagai pegawai dalam Pasukan kepada mana-mana orang sebagaimana yang difikirkannya layak.
(3)
Yang di-Pertuan Agong boleh, tanpa memberi apa-apa sebab baginya, membatalkan mana-mana pelantikan atau pengurniaan yang dibuat di bawah seksyen ini.
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 417