Seksyen 3
Penubuhan Pasukan Kadet Bersatu
of Akta Pasukan Kadet Bersatu Malaysia 1967
Maka hendaklah diwujudkan dan disenggarakan bagi tujuan menanamkan rasa bertatatertib, bertanggungjawab dan suka mengembara kepada belia dan mengenai sifat kepimpinan dan kewarganegaraan yang baik kepada belia itu, suatu pasukan sukarela yang digelar “Pasukan Kadet Bersatu Malaysia” atau, dalam bahasa Inggeris, “Malaysian Combined Cadet Forces”.
(2)
Pasukan hendaklah—
(a)
berhubung dengan pentadbiran dan tatatertib, berada di bawah arahan dan pengawasan am Yang di-Pertuan
Agong; dan
(b)
berhubung dengan latihan, peruntukan senjata, peralatan dan apa-apa barang tentera dan kelengkapan lain yang perlu, dinasihati dan dibantu oleh Majlis
Angkatan Tentera.