Skip to content

Seksyen 13

Perintah tetap

of Akta Pasukan Kadet Bersatu Malaysia 1967

ActIn forceProvision 13 of 17
Seksyen 13
(1)

Majlis Angkatan Tentera boleh membuat perintah tetap yang tidak bercanggah dengan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya berhubungan dengan pengelolaan, pentadbiran dan latihan menyeluruh Pasukan.

(2)

Khususnya, dan tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang tersebut di atas, perintah tetap itu boleh membuat peruntukan bagi—

(a)

pengeluaran dan penjagaan senjata, peralatan, amunisi, bekalan, pakaian dan kelengkapan;

(b)

penyata, buku dan bentuk surat-menyurat; dan 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 417

(c)

latihan dan pemeriksaan Pasukan dan mengadakan kem dan gerakan.