Skip to content

Seksyen 11

Peraturan-peraturan

of Akta Pasukan Kadet Bersatu Malaysia 1967

ActIn forceProvision 11 of 17
Seksyen 11
(1)

Yang di-Pertuan agong boleh membuat peraturan-peraturan bagi melaksanakan maksud Akta ini.

(2)

Khususnya, dan tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang tersebut di atas, peraturan-peraturan itu boleh menetapkan—

(a)

pengelolaan, pentadbiran dan tatatertib Pasukan;

(b)

umur dan kelayakan lain yang dikehendaki bagi anggota;

(c)

pelantikan, kekananan, kenaikan pangkat dan peningkatan atau penurunan pangkat pegawai;

(d)

cara bagaimana dan syarat yang tertakluk kepadanya orang yang berhasrat untuk mendaftar dalam Pasukan boleh menawarkan diri mereka untuk didaftarkan dan bentuk akuan yang perlu dibuat oleh orang itu;

Pasukan Kadet Bersatu Malaysia 9

(e)

kekananan, kenaikan pangkat dan peningkatan atau penurunan pangkat pegawai kadet dan kadet;

(f)

takat perkhidmatan yang dikehendaki daripada anggota, yang perkhidmatan itu boleh, tertakluk kepada seksyen 14, termasuk perkhidmatan di luar Malaysia; dan

(g)

saraan anggota.

Kaedah-kaedah