Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian III · Ketua Pengarah, Pegawai dan Pekhidmat Lembaga

20. Kuasa dan kewajipan Ketua Pengarah

Feedback & support
(1)

Lembaga hendaklah meletakhakkan pada Ketua Pengarah

20

Undang-Undang Malaysia apa-apa kuasa dan hendaklah mengenakan ke atasnya apa-apa kewajipan yang ditentukan oleh Lembaga.

(2)

Ketua Pengarah adalah bertanggungjawab bagi—

(a)

pentadbiran dan pengurusan sepatutnya hal ehwal Lembaga;

(b)

penyediaan—

(i)

segala program, skim, projek dan kegiatan;

(ii)

anggaran perbelanjaan bagi pelaksanaan program tahunan; dan

(iii)

anggaran pendapatan, bagi kelulusan Lembaga;

(c)

pelaksanaan program tahunan Lembaga; dan

(d)

pelaksanaan keputusan dan arahan Lembaga.

(3)

Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai dan pekhidmat Lembaga.

(4)

Ketua Pengarah hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan yang diarahkan oleh Lembaga.

(5)

Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Pengarah hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Lembaga.

(6)

Jika Ketua Pengarah tidak ada di Malaysia buat sementara atau tidak berupaya buat sementara, oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain yang mencukupi, untuk melaksanakan kewajipannya, salah seorang daripada Timbalan Ketua Pengarah hendaklah melaksanakan kewajipan Ketua Pengarah semasa Ketua

Pengarah tidak ada atau tidak berupaya buat sementara itu.

(7)

Bagi maksud subseksyen (6), jika jawatan Timbalan Ketua

Pengarah kosong, Lembaga boleh mengarahkan mana-mana pegawai lain Lembaga untuk melaksanakan kewajipan itu.

Report

Bahagian IV

Kewangan

Bahagian V

Kuasa dan Fungsi Lain Lembaga

Bahagian VI

Penguatkuasaan

Bahagian VII

Bahagian VIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules