Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian III · Ketua Pengarah, Pegawai dan Pekhidmat Lembaga

27. Pengenaan surcaj

Feedback & support
(1)

Seseorang yang sedang atau pernah bekerja dengan

Lembaga boleh disurcaj jika ternyata kepada Lembaga bahawa orang itu—

(a)

tidak memungut apa-apa wang yang terhutang kepada

Lembaga yang pemungutannya menjadi tanggungjawabnya;

(b)

adalah atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaran wang daripada Lembaga yang tidak sepatutnya atau bagi apa-apa pembayaran wang yang tidak diluluskan dengan sewajarnya;

(c)

adalah atau telah bertanggungjawab, secara langsung atau secara tidak langsung, bagi apa-apa kekurangan dalam, atau bagi pemusnahan, apa-apa wang, barang simpanan atau harta lain Lembaga;

(d)

sebagai atau semasa menjadi pegawai perakaunan, tidak menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; atau

(e)

tidak membuat apa-apa pembayaran, atau adalah atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kelewatan dalam pembayaran wang daripada Lembaga kepada mana-mana orang yang kepadanya pembayaran itu kena dibuat di bawah mana-mana undang-undang atau di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan Lembaga.

(2)

Lembaga hendaklah, sebelum orang itu disurcaj, menyampaikan suatu notis bertulis kepadanya yang memintanya menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut disurcaj.

26

Undang-Undang Malaysia

(3)

Jika penjelasan yang memuaskan hati tidak diterima dalam masa empat belas hari dari tarikh penyampaian notis di bawah subseksyen (2), Lembaga boleh—

(a)

dalam hal perenggan (1)(a), (b) dan (c), mensurcajkan terhadap orang itu sejumlah wang yang tidak melebihi amaun yang tidak dipungut, atau bayaran yang tidak sepatutnya dibuat, atau kekurangan dalam atau pemusnahan harta yang dilakukan; dan

(b)

dalam hal perenggan (1)(d) dan (e), mensurcajkan apa-apa jumlah wang terhadap orang itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.

Report

Bahagian IV

Kewangan

Bahagian V

Kuasa dan Fungsi Lain Lembaga

Bahagian VI

Penguatkuasaan

Bahagian VII

Bahagian VIII

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules