Malaysian Palm Oil Board Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian III · Ketua Pengarah, Pegawai dan Pekhidmat Lembaga
21. Pelantikan pegawai dan pekhidmat
Feedback & supportTertakluk kepada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (3), Lembaga boleh—
Lembaga Minyak Sawit Malaysia 21
dengan kelulusan Menteri, melantik apa-apa bilangan
Timbalan Ketua Pengarah;
melantik apa-apa bilangan pegawai dan pekhidmat lain yang perlu bagi menjalankan maksud Akta ini, atas apa-apa terma dan syarat yang didapati wajar oleh Lembaga.
Tiada seorang pun layak diambil khidmat sebagai pegawai atau pekhidmat Lembaga jika dia, secara langsung atau secara tidak langsung, sendiri atau melalui pekongsinya, mempunyai apa-apa bahagian atau kepentingan dalam apa-apa kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, bagi atau bagi pihak Lembaga.
Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmatnya.
Pelantikan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah hendaklah disiarkan dalam Warta.