Akta Lembaga Lada Malaysia 2006 · Updated to 1 Nov 2012 · Bahagian VIII · Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan
77. Pemindahmilikan harta
Feedback & support(1)
Segala tanah yang sebelum hari ditetapkan terletak hak pada, atau dirizabkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah bagi maksud Jemaah dibubarkan hendaklah pada hari itu terletak hak pada atau disifatkan sebagai dirizabkan bagi maksud Lembaga.
(2)
Segala harta dan aset selain tanah yang sebelum hari ditetapkan terletak hak pada Jemaah dibubarkan atau pada mana-mana orang bagi pihak Jemaah dibubarkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah pada hari itu terletak hak pada
Lembaga.