Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2012Read it in English

Bahagian VIII · Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

83. Penerusan permohonan, dsb., yang belum selesai

Feedback & support
(1)

Segala permohonan, kelulusan atau keputusan, atas rayuan atau selainnya, yang belum selesai di hadapan Jemaah dibubarkan di bawah Peraturan-Peraturan dimansuhkan hendaklah pada hari ditetapkan diuruskan oleh Lembaga di bawah Akta ini.

(2)

Segala permohonan, kelulusan atau keputusan, atas rayuan atau selainnya, yang belum selesai di hadapan Menteri di bawah

Peraturan-Peraturan dimansuhkan hendaklah pada hari ditetapkan diuruskan oleh Menteri di bawah Akta ini.

(3)

Segala surat cara, perakuan atau dokumen yang diserah simpan dengan Jemaah dibubarkan di bawah Peraturan-Peraturan dimansuhkan sebelum hari ditetapkan hendaklah pada hari ditetapkan diserah simpan dengan Lembaga.

Report