Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2012Read it in English

Bahagian VIII · Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

80. Keanggotaan Jemaah dibubarkan

Feedback & support
(1)

Walau apa pun apa-apa yang berlawanan, anggota Jemaah dibubarkan dan anggota mana-mana jawatankuasa yang dilantik di bawah Peraturan-Peraturan dimansuhkan yang memegang jawatan sebelum hari ditetapkan hendaklah terhenti memegang jawatan pada hari itu.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh menjejaskan kebertanggungjawaban anggota Jemaah dibubarkan yang terhenti memegang jawatan dan dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan selepas hari ditetapkan, Jemaah dibubarkan hendaklah menyediakan dan mengemukakan kepada Menteri laporan termasuk penyata kewangan yang dikehendaki di bawah masing-masing

Peraturan-Peraturan dimansuhkan, tetapi laporan itu hendaklah terhad kepada tempoh dari 1 Januari tahun yang berkenaan hingga hari sebelum hari ditetapkan.

(3)

Walau apa pun seksyen 75, Jemaah dibubarkan hendaklah terus wujud bagi maksud subseksyen (2).

Report