Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2012Read it in English

Bahagian VIII · Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

84. Penerusan prosiding sivil dan jenayah

Feedback & support
(1)

Baik pemansuhan di bawah seksyen 75 mahupun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh menyentuh liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Peraturan-Peraturan dimansuhkan sebelum hari ditetapkan, atau apa-apa prosiding yang dibawa sebelum hari itu berkenaan dengan kesalahan sedemikian.

(2)

Apa-apa prosiding, sama ada sivil atau jenayah, atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang wujud sebelum hari ditetapkan oleh atau terhadap Jemaah dibubarkan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Jemaah dibubarkan boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga sebagaimana ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Jemaah dibubarkan atau orang sedemikian jika Akta ini tidak dibuat.

(3)

Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran merayu yang dipohon pada atau selepas hari ditetapkan terhadap suatu keputusan yang diberikan sebelum hari itu dalam apa-apa prosiding undang-undang yang kepadanya Jemaah dibubarkan menjadi pihak bolehlah dibawa oleh atau terhadap Lembaga.

54

Undang-Undang Malaysia

Report