Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian II · Penubuhan Lembaga

16. Pewakilan fungsi, kuasa atau kewajipan Lembaga

(1)

Lembaga boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat, had atau sekatan yang difikirkannya patut dikenakan, mewakilkan mana-mana fungsi, kuasa atau kewajipannya, kecuali kuasa untuk meminjam wang, memberikan pinjaman, menubuhkan perbadanan atau membuat peraturan-peraturan kepada—

(a)

mana-mana anggota Lembaga;

(b)

mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Lembaga;

atau

(c)

mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga, dan mana-mana fungsi, kuasa atau kewajipan yang diwakilkan sedemikian boleh dilaksanakan, dijalankan atau ditunaikan oleh anggota, pegawai atau pekhidmat itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas nama dan bagi pihak Lembaga.

Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 21

(2)

Pewakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang

Lembaga sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan mana-mana fungsi, kuasa atau kewajipan yang diwakilkan sedemikian pada bila-bila masa.

(3)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1) dan peruntukan lain dalam Akta ini, Lembaga boleh mewakilkan kepada Ketua

Pengarah—

(a)

kuasa memberikan pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmat Lembaga di bawah seksyen 20; dan

(b)

kuasa untuk membenarkan perbelanjaan daripada

Kumpulan Wang atau mana-mana wang lain yang terletak hak pada atau yang di bawah kawalan Lembaga sehingga apa-apa had yang ditentukan oleh Lembaga.

Lembaga boleh menubuhkan jawatankuasa

Report

Bahagian III

Ketua Pengarah, Pegawai dan Pekhidmat Lembaga

Bahagian IV

Penyelidikan dan Kemajuan

Bahagian V

Kewangan

Bahagian VI

Kuasa dan Fungsi Lain Lembaga

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Bahagian IX

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules