Malaysian Rubber Board (Incorporation) Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian II · Penubuhan Lembaga
Malaysian Rubber Board (Incorporation) Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian II · Penubuhan Lembaga
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri;
seorang Pengerusi;
seorang wakil Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi industri getah;
seorang wakil Perbendaharaan;
seorang wakil Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil
Perusahaan Getah;
seorang wakil sektor pekebun kecil industri getah;
16 Undang-undang Malaysia AKTA 551
seorang wakil sektor estet industri getah;
seorang wakil sektor pemprosesan getah;
seorang wakil sektor perniagaan getah;
dua orang wakil sektor pengilangan keluaran getah;
dua orang wakil daripada mana-mana Negeri yang ditentukan oleh Menteri;
dua orang yang, pada pendapat Menteri, dapat menyumbang kepada pembangunan industri getah; dan
Ketua Pengarah.
Lembaga hendaklah disifatkan sebagai ditubuhkan dengan sewajarnya walaupun mana-mana anggota yang sepatutnya dilantik di bawah perenggan (1)(j) atau (k) tidak dilantik.
Bahagian III
Bahagian IV
Bahagian V
Bahagian VI
Bahagian VII
Bahagian IX