Malaysian Rubber Board (Incorporation) Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian III · Ketua Pengarah, Pegawai dan Pekhidmat Lembaga
Malaysian Rubber Board (Incorporation) Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian III · Ketua Pengarah, Pegawai dan Pekhidmat Lembaga
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tertakluk kepada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (3), Lembaga boleh—
dengan kelulusan Menteri, melantik sekian bilangan
Timbalan Ketua Pengarah;
melantik sekian bilangan pegawai dan pekhidmat lain yang perlu bagi menjalankan maksud Akta ini, atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya wajar.
Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 25
Tiada seorang pun layak diambil kerja sebagai pegawai atau pekhidmat Lembaga jika dia mempunyai, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau menerusi pekongsinya, apa-apa syer atau kepentingan dalam apa-apa kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, bagi atau bagi pihak Lembaga.
Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmatnya.
Pelantikan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah hendaklah disiarkan dalam Warta.
Bahagian IV
Bahagian V
Bahagian VI
Bahagian VII
Bahagian IX