Malaysian Rubber Board (Incorporation) Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian III · Ketua Pengarah, Pegawai dan Pekhidmat Lembaga
22. Jawatankuasa tatatertib
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Lembaga hendaklah mempunyai kuasa tatatertib ke atas semua pegawai dan pekhidmatnya dan hendaklah menjalankan
26 Undang-undang Malaysia AKTA 551
kawalan tatatertib berkenaan dengan semua orang sedemikian mengikut Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 24.
Bagi maksud seksyen ini—
maka hendaklah ditubuhkan suatu jawatankuasa tatatertib
Lembaga berkenaan dengan Ketua Pengarah yang terdiri daripada—
Pengerusi, yang hendaklah menjadi pengerusi jawatankuasa itu; dan
sekurang-kurangnya dua anggota Lembaga, tidak termasuk Ketua Pengarah, yang ditentukan daripada kalangan anggota itu sendiri; dan
Lembaga boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menubuhkan jawatankuasa tatatertib yang berlainan bagi kategori berlainan pegawai dan pekhidmat Lembaga.
Yang berikut hendaklah terpakai bagi mana-mana jawatankuasa tatatertib yang ditubuhkan di bawah perenggan (2)(b):
jawatankuasa itu hendaklah terdiri daripada sekian bilangan anggota Lembaga, selain Pengerusi Lembaga, atau pegawai Lembaga, atau apa-apa kombinasi anggota dan pegawai itu; dan
seseorang pegawai yang menjadi anggota sesuatu jawatankuasa tatatertib tidak boleh lebih rendah pangkatnya daripada mana-mana pegawai atau pekhidmat yang ke atasnya jawatankuasa yang dia menjadi anggota mempunyai kuasa tatatertib.
Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah perenggan (2)(b)
hendaklah menjalankan kuasanya dalam segala perkara berhubungan dengan tatatertib pegawai dan pekhidmat yang diletakkan di bawah bidang kuasanya.
Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 27
Pada menjalankan fungsi dan kuasa tatatertibnya, sesuatu jawatankuasa tatatertib yang disebut dalam subseksyen (2)
hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib atau apa-apa kombinasi dua hukuman tatatertib atau lebih sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 24.
Bahagian IV
Penyelidikan dan Kemajuan
Bahagian V
Kewangan
Bahagian VI
Kuasa dan Fungsi Lain Lembaga
Bahagian VII
Penguatkuasaan
Bahagian VIII
Bahagian IX