Malaysian Rubber Board (Incorporation) Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian V · Kewangan
35. Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud ―
membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Lembaga, termasuk fi dan kos guaman dan apa-apa fi dan kos yang lain, dan saraan pegawai dan pekhidmat
Lembaga, termasuk pemberian pinjaman, elaun persaraan, pencen atau ganjaran;
membiayai aktiviti penyelidikan dan kemajuan;
menyumbang kepada pusat penyelidikan yang ditubuhkan di bawah Akta ini;
menyumbang kepada Pusat Penyelidikan Tun Abdul
Razak;
36 Undang-undang Malaysia AKTA 551
menyumbang kepada pertubuhan atau organisasi getah antarabangsa yang Lembaga ialah anggotanya;
menyumbang kepada organisasi yang berhubungan dengan industri getah yang ditentukan oleh Menteri;
membiayai biasiswa untuk pendidikan tinggi yang diluluskan oleh Lembaga;
memberikan pinjaman kepada institusi pengajian tinggi di dalam atau di luar Malaysia yang terlibat dalam pendidikan dan latihan ahli teknologi getah;
memberikan pinjaman kepada atau mengadakan modal bagi perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta ini;
membiayai pengendalian dan aktiviti Pasaran Getah
Malaysia;
membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau disetuju terima dengan sepatutnya oleh
Lembaga dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;
membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan apa-apa bahan lain, memperolehi tanah dan mendirikan bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini.
membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah
Akta ini dan bunga yang kena dibayar atasnya; dan
secara amnya, membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.
Bahagian VI
Kuasa dan Fungsi Lain Lembaga
Bahagian VII
Penguatkuasaan
Bahagian VIII
Bahagian IX