Malaysian Rubber Board (Incorporation) Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian V · Kewangan
37. Ses ke atas getah dan keluaran getah
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Menteri boleh, selepas berunding dengan
Menteri
Kewangan, membuat perintah bagi pengenaan, pengubahan atau pembatalan ses ke atas getah dan keluaran getah yang dikeluarkan di dalam atau dieksport dari Malaysia dan perintah itu boleh menentukan jenis, amaun dan kadar ses itu dan cara pungutan ses itu.
Kecuali setakat yang diperuntukkan selainnya dalam mana-mana perintah sedemikian, ses itu hendaklah disifatkan bagi maksud pungutan dan penguatkuasaan pungutannya sebagai suatu duti kastam yang dikenakan di bawah Akta Kastam 1967 [Akta 235].
Perintah yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan amaun, kadar dan cara pungutan yang berlainan bagi jenis atau gred getah dan keluaran getah yang berlainan.
Seseorang yang tidak atau enggan membayar apa-apa ses yang dikenakan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh kali amaun ses yang kena dibayar atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Amaun apa-apa ses yang dikenakan di bawah seksyen ini hendaklah menjadi suatu hutang yang kena dibayar kepada
Lembaga daripada orang yang ke atasnya ses itu dikenakan dan boleh dibawa guaman bagi dan didapatkan dalam mana-mana mahkamah atas guaman Lembaga.
38 Undang-undang Malaysia AKTA 551
Pemulaan prosiding di bawah seksyen ini tidak melepaskan mana-mana orang daripada liabiliti untuk membayar apa-apa ses yang baginya dia bertanggungan atau mungkin bertanggungan atau daripada liabiliti untuk membuat apa-apa penyata yang dikehendaki dibuat olehnya oleh Akta ini.
Bahagian VI
Kuasa dan Fungsi Lain Lembaga
Bahagian VII
Penguatkuasaan
Bahagian VIII
Bahagian IX