Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian VIII

57. Pengkompaunan kesalahan

(1)

Ketua Pengarah boleh mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini, dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaun kesalahan itu dengan membayar suatu amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu kepada Ketua Pengarah dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu.

(2)

Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh

Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(3)

Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen

(1)

, tiada pendakwaan selepas itu boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran mengkompaun kesalahan itu dibuat.

48 Undang-undang Malaysia AKTA 551

Permulaan dan penjalanan pendakwaan

Report

Bahagian IX

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules