Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian VIII

63. Pengesahan perbuatan yang dilakukan dengan menjangkakan pembuatan Akta

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2), segala perbuatan dan perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang sebagai persediaan bagi atau dengan menjangkakan pembuatan Akta ini dan apa-apa

Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 51

perbelanjaan yang ditanggung berhubungan dengannya hendaklah disifatkan telah diberi kuasa di bawah Akta ini, dengan syarat bahawa perbuatan dan perkara yang dilakukan selaras dengan niat dan maksud am Akta ini; dan segala hak dan obligasi yang diperoleh atau ditanggung sebagai akibat perlakuan perbuatan atau perkara itu termasuk apa-apa perbelanjaan yang ditanggung berhubungan dengannya hendaklah disifatkan sebagai hak dan obligasi Lembaga.

(2)

Subseksyen (1) tidak memberi kuasa perlantikan anggota, pegawai atau pekhidmat Lembaga kecuali setakat untuk memberi kuasa pelantikan sementara orang sedemikian sehingga pelantikan sewajarnya dibuat di bawah Akta ini.

Report

Bahagian IX

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules